More
    Home Sarawak Bintulu 135 mangsa hangus terima sumbangan

    135 mangsa hangus terima sumbangan

    BINTULU 27 JUN 2020 (SNN) : Mangsa kejadian kebakaran Rumah Panjang Eloh menarik nafas lega apabila nasib mereka terbela menerusi sumbangan bantuan barangan asas untuk mendirikan rumah sementara di hantar Pusat Khidmat DUN Jepak semalam.

    Sumbangan tersebut sekaligus membuktikan bahawa janji yang diungkapkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talip Zulpilip dalam lawatannya pada 13 Jun lalu telah ditunaikan serta-merta.

    Gambar : Bantuan barangan asas untuk mendirikan rumah sementara tiba di Rumah Panjang Eloh

    Beberapa buah lori dilihat berisi muatan barangan asas yang terdiri daripada kayu, papan serta barangan lain tiba di lokasi. Terdahulu, satu kebakaran berlaku melibatkan Rumah Panjang Eloh sebesar 24 pintu yang dihuni seramai 135 penduduk pada petang khamis.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Berita Bandaraya Kuching Hari Ini

    0
    SNN: Laporan Utama Bandaraya Kuching (21 Mac 2026) Syawal di Kuching: Masjid Jamek Jadi Tumpuan 5,000 Jemaah Suasana hiba dan syukur menyelubungi Masjid Jamek Negeri Sarawak...