More
    Home Sarawak Kuching Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr. Wan Junai akan menyampaikan syarahan...

    Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr. Wan Junai akan menyampaikan syarahan sempena pembukaan Tahun Perundangan Syariah

    KUCHING, 09 JANUARI 2025: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadualkan menyampaikan syarahan negarawan sempena pembukaan Tahun Perundangan Syariah.

    Ketua Hakim Syarie, Datu Awang Suhaili Ledi dalam memetik Jiwa Bakti memberitahu, syarahan yang akan diadakan pada 21 Januari akan berlangsung di Dewan Majma’ Tunku Abd Halim Mu’adzam Shah.

    “InsyaAllah, syarahan ini akan memberikan panduan dan bantuan kepada kita, terutamanya di mahkamah syariah, untuk memperkukuhkan usaha dalam aspek berkaitan perundangan dan kehakiman.

    “Inilah kali pertama pembukaan Tahun Perundangan Syariah diadakan bersama syarahan negarawan yang akan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya selepas mengetuai delegasi dari Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, pada Rabu.

    Beliau menambah, tujuan penganjuran pembukaan Tahun Perundangan Syariah adalah bagi menunjukkan komitmen semua pihak yang terlibat dalam bidang perundangan dan kehakiman dalam memastikan segala urusan diuruskan secara sistematik, berintegriti, dan adil.

    “Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi sentiasa mengingatkan kami untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran kehakiman, termasuk hal berkaitan pengambilan peguam syarie dan memastikan semua proses perundangan relevan serta sejajar dengan perkembangan semasa,” tambahnya.

    Pada program itu nanti akan dihadiri oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Sarawak, Hakim Mahkamah Rayuan dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, dan Ketua Hakim Syarie dari Semenanjung Malaysia, dijangka membawa penambahbaikan positif dalam memperkukuhkan mahkamah syariah serta membangunkan sistem perundangan dan kehakiman syariah, khususnya di Sarawak.

    Dalam perkembangan yang sama, Datu Awang Suhaili turut berkongsi bahawa pengambilan peguam syarie di Sarawak diuruskan oleh Jawatankuasa Peguam Syarie di bawah mahkamah syariah.

    “Setakat ini, lebih 100 permohonan telah diterima daripada graduan universiti tempatan dan antarabangsa,” jelasnya.

    Turut hadir sama ialah Setiausaha Majlis Islam Sarawak (MIS); Mual Suaud, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah; Mahiden Sah dan Najarudin Nedri, serta Pemangku Ketua Pendaftar; Noor Rafidah Ali.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...