More
    Home Sarawak Kuching Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Isteri santuni 142 bakal jemaah haji di...

    Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Isteri santuni 142 bakal jemaah haji di LTAK

    KUCHING, 31 MEI 2024 (SNN): Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa menyantuni bakal jemaah haji Sarawak dalam satu Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Sarawak yang dijangka berlepas pada jam 10.25 pagi pada Khamis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

    Seramai 142 bakal jemaah haji dari kumpulan KT70Q dijadualkan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan akan digabungkan bersama kumpulan bakal haji dari Pulau Pinang.

    Sekitar Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Sarawak semasa bacaan doa untuk para jemaah yang akan berangkat bagi menunaikan Rukun Islam ke lima-foto UKAS

    Difahamkan mereka seterusnya akan menyambung penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi pada jam 3.20 petang dan dijangka tiba pada pukul 7.10 petang (waktu Arab Saudi) pada hari yang sama.

    Turut hadir sama mengiringi pada majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Naim Mokhtar dan Pengerusi Majlis Islam Sarawak (MAIS); Datuk Misnu Taha serta Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak; Datuk Nurlaila Said.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...