More
    Home Sarawak Kuching Yang di-Pertua Dewan Negara lakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak

    Yang di-Pertua Dewan Negara lakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak

    KUCHING, 22 OGOS 2024: Yang di-Pertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, pada Khamis.

    Kunjungan hormat itu dilakukan bagi menzahirkan terima kasih kepada Abang Johari atas sokongan dan pencalonan kepada dirinya untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara bagi menggantikan Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lalu.

    Memetik laporan UKAS, selepas kunjungan hormat itu, Awang Bemee turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kerana memberi perkenan baginda yang membawa kepada pelantikan beliau.

    Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah mencadangkan namanya sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara semasa Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.

    “Ini adalah pengiktirafan dan penghormatan buat Sarawak dan kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari,” katanya.

    Pada 15 Julai lalu, Awang Bemee mengangkat sumpah jawatan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh tiga tahun sehingga 14 Julai 2027.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...