More
    Home Usahawan wanita libatkan diri dalam kurus pensijilan tingkatkan kualiti perniagaan

    Usahawan wanita libatkan diri dalam kurus pensijilan tingkatkan kualiti perniagaan

    KUCHING, 10 MAC 2021 (SNN) : Ramai usahawan wanita di kawasan Demak Laut sertai anjuran Kurus Pensijilan bagi meningkatkan kemahiran serta pengurusan produk dengan lebih baik.

    Penganjuran kursus yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan bersama Kolej Komuniti Santubong yang kini memasuki tahun ke lima telah banyak melahirkan ramai usahawan wanita dalam pelbagai jenis bentuk perniagaan.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni, kursus pensijilan yang diadakan sebelum ini merangkumi pengendalian makanan sejuk beku, manisan, hiasan diri dan dandanan yang disertai oleh setiap penduduk dari 28 buah kampung dalam kawasan DUN Demak Laut.

    “Peserta yang menyertai kursus ini akan diberikan sijil yang boleh digunakan untuk memohon bantuan daripada kerajaan seperti SEDC, MARA, TEKUN, AGRO Bank, Bank Rakyat dan sebagainya namun mereka perlulah mendaftarkan perniagaan mereka terlebih dahulu bagi mendapatkan lesen perniagaan.

    “Pada kursus kali ini seramai 15 orang peserta terdiri daripada wanita Kampung Tanjung Bako mengambil bahagian dalam Kursus Kek Lapis Premium dan ianya berpotensi untuk dikembangkan dalam mempelbagaikan hasil produk perniagaan,” katanya semasa ditemui media selepas menyampaikan Sijil Kursus Kek Lapis Premium di Kolej Komuniti Santubong pada Sabtu.

    Peserta bergambar beramai-ramai selepas selesai kursus

    Tambah beliau, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya perlulah mempunyai pengetahuan dan selok belok dalam perniagaan terutama dalam urusan kewangan, strategi pemasaran yang berkesan disamping memiliki kemahiran tersendiri.

    “Para usahawan perlu mengikuti perkembangan semasa dengan memasarkan produk jualan mereka menggunakan segala platform yang ada seperti laman media sosial Facebook, Whatapps, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya dan ini merupakan salah satu strategi pemasaran yang ramai peniaga diluar sana gunakan serta berkesan,” tegas beliau.

    Ujarnya, sejak penularan wabak Covid-19 di negara ini ramai peniaga terkesan akan impaknya termasuklah usahawan wanita justeru dengan adanya pengaplikasian beberapa aspek ini diharap akan memulihkan serta meningkatkan kembali sosioekonomi usahawan wanita khususnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...