KUCHING, 23 JANUARI 2024 (SNN): ‘Unit Corpporate Communication’ di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) memainkan peranan menyampaikan maklumat dan fakta kepada masyarakat mengenai semua perkara berkaitan dengan bekalan elektrik, bekalan air, agihan gas dan kemudahan telekomunikasi di Sarawak.
Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, segala laporan dan tulisan dalam website serta akaun ‘Facebook’ kementeriannya dan jabatan-jabatan harus disampaikan dengan jelas dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak.
“Sebagai contoh, Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Ordinan Elektrik 2023 dan RUU Pindaan Distribution of Gas 2023 yang dilulus di DUN Sarawak pada November lepas wajar dilapor dan difahami oleh semua rakyat.
“Jadi, unit berkenaan memainkan peranan penting untuk menerangkan kepentingannya kepada orang awam agar fakta-fakta tidak dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bersama ketua dan agensi Unit Corpporate Comunication’ di Kementerian MUT pada Isnin.
Tambah beliau, usaha ini penting bagi memastikan kemudahan elektrik, air, gas dan kemudahan telekomunikasi yang berfungsi sebagai ‘enablers’ dalam pemangkin pelaksanaan Post Covid Development Strategy 2030 (PCDS 2030) dan Sarawak Digital Economy Blue Print 2030 dapat dicapai.
Jelas beliau, ketika ini Wilayah Sarawak sudah dilategorikan sebagai wilayah berpendapatan tinggi oleh pakar bank dunia baru-baru ini dan ini membuktikan Sarawak mampu untuk terus berkembang maju.