More
    Home UNIMAS tandatangan memorandum persefahaman dengan Jabatan Perangkaan Malaysia

    UNIMAS tandatangan memorandum persefahaman dengan Jabatan Perangkaan Malaysia

     Kota Samarahan, 22 Februari 2019: Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan matlamat untuk mewujudkan serta meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang seperti  penyelidikan, penglibatan akademik dan kakitangan.

    UNIMAS diwakili oleh Yang Berbahagia  Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor, Universiti Malaysia Sarawak manakala Jabatan Statistik Malaysia diwakili oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkaan Malaysia. Acara menandatangani Memorandum Persefahaman  ini turut disaksikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Profesor Madya Michael Tinggi dan Yang Berbahagia Puan Roslawati binti Yahya, Pengarah Jabatan Statistik Malaysia Negeri Sarawak, kakitangan UNIMAS serta tetamu undangan yang lain.

    1. Berkongsi kepakaran dan pembangunan

    Memorandum Persefahaman ini selaras dengan visi UNIMAS sebagai universiti yang mendepani usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan biasiswa. Matlamat perjanjian persefahaman ini antara kedua-dua pihak adalah sebagai usaha  untuk memulakan projek bersama yang melibatkan penyelidikan bersama dan untuk berkongsi kepakaran dan pembangunan bersama dalam bidang penyelidikan.

    Dalam masa yang sama, perjanjian persefahaman ini dijangka dapat mengukuhkan hubungan kerjasama yang sedia ada ke arah membangun dan menyelenggara data statistik untuk kepentingan pembangunan negara, serta mewujudkan perkongsian pintar dalam hal-hal yang membawa manfaat intelektual kepada  kedua-dua pihak.  Selain itu kerjasama ini juga diharap dapat memberi manfaat  dalam memenuhi matlamat keperluan bidang pendidikan tinggi, terutamanya dalam bidang penyelidikan dan perkongsian data perangkaan statistik, sekaligus membantu membangun dan menilai kurikulum kursus di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) dan juga di mana-mana fakulti yang relevan di UNIMAS. Sumbangan Adibsuf, UNIMAS

    Sesi menandatangani  memorandum persefahaman (MoU) antara Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi (dua dari kiri) dan Ketua Perangkaan Malaysia, Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Prof Madya Michael Tinggi (kiri) serta Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak, Puan Roslawati binti Yahya (kanan) di Rumah Universiti UNIMAS, Kota Samarahan.
    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...