More
    Home Sarawak Limbang Umat Islam diseru tingkatkan kefahaman tentang Islam terutama berdepan cabaran media sosial

    Umat Islam diseru tingkatkan kefahaman tentang Islam terutama berdepan cabaran media sosial

    LIMBANG, 30 APRIL 2024: Umat Islam khususnya di Daerah Limbang perlu meningkatkan kefahaman tentang ajaran Islam terutama ketika berdepan cabaran media sosial tanpa batas di era teknologi kini.

    Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, cabaran masa kini semakin meningkat dengan adanya media-media sosial lebih-lebih lagi ianya tanpa kawalan dan batasan .

    “Gunakanlah sebaik-baiknya media sosial itu dan itulah cabaran kita pada masa ini, cabaran kita untuk mendidik anak-anak dan jangan sampai mereka terpengaruh dan lalai dengan aktiviti yang tidak sihat.

    “Tekankan kepada bab pendidikan, Insyallah dengan niat yang baik sebagai orang Islam dengan mengekalkan keperibadian kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2024M/1445H di Dewan Suarah Limbang pada Sabtu.

    Datuk Dr Abdul Rahman beramah mesra dengan rakyat yang turut hadir memeriahkan majlis-foto UKAS

    Selain itu beliau berharap, Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang dapat membawa program-program Islamik dalam meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan terhadap Islam secara menyeluruh.

    Tambahnya, antara program besar yang pertama pada bulan Ogos ini iaitu Ceramah Perdana Program Cinta Ilmu, bulan September Tilawah Al-Quran & Sambutan Maulidur Rasul manakala penutup tirai tahun ini adalah Festival Kesenian Islam.

    Program-program yang dianjurkan oleh jawatankuasa ini sesuatu yang baik dan yang pertama ia memerlukan perancangan, kedua memerlukan komitmen dan ketiga sememangnya memerlukan kewangan.

    “Alhamdulillah saya komited untuk membantu jawatankuasa ini melalui peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) saya setiap tahun,” ujarnya.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...