More
    Home Sarawak Kuching UiTM main peranan bentuk tenaga kerja untuk masa depan Malaysia

    UiTM main peranan bentuk tenaga kerja untuk masa depan Malaysia

    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Universiti Teknologi Mara (UiTM) memainkan peranan penting dalam membentuk tenaga kerja untuk masa depan Malaysia.

    Pro-Canselor UiTM, Datuk Abdul Wahab Aziz berkata universiti bukan sekadar institusi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga sebagai tempat untuk membentuk pemimpin yang bertanggungjawab dan berakhlak.

    “Nilai-nilai ini adalah teras kepada kepimpinan dan pendidikan, asas kepada pembangunan masyarakat dan negara.

    “Tiada adab dan amanah, tiadalah masa depan,” katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian META ke-26 dan Konferensi Akademik 2024 di Hotel Grand Margherita pada Rabu.

    Datuk Abdul Wahab ketika merasmikan META ke-26 dan Konferensi Akademik 2024-UKAS

    Datuk Abdul Wahab menambah, semua universiti di seluruh negara termasuk UiTM perlu memastikan kurikulum pendidikan sentiasa relevan dengan keperluan industri yang berkembang pesat.

    Jelasnya, UiTM mampu melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten dari segi akademik, tetapi juga mempunyai jati diri dan kepimpinan yang berwawasan.

    “Saya percaya bahawa UiTM mempunyai keupayaan untuk melahirkan pemimpin yang memiliki keseimbangan,” ujar beliau.

    Justeru, beliau menyeru keejasama pelbagai agensi kerajaan dan industri tempatan untuk memastikan para pelajar mendapat pengalaman dan pendedahan yang relevan bagi menghadapi perubahan era ini.

    Turut hadir sama isteri kepada Datuk Abdul Wahab; Datin Dayang Rosnah Abang Drashid, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM; Profesor Datin Dr. Suzana Sulaiman serta tetamu kehormat yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...