More
    Home Kampus UiTM Berperanan besar lahirkan lebih ramai graduan bumiputera profesional

    UiTM Berperanan besar lahirkan lebih ramai graduan bumiputera profesional

    KOTA SAMARAHAN, 14 DISEMBER 2023: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional serta usahawan bumiputera yang berjaya dan berdaya saing baik di dalam mahupun luar negara.

    Menurut Pro-Canselor UiTM Datuk Abdul Wahab Aziz, universiti tersebut sentiasa komited dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan relevan dengan kehendak pasaran kerja.

    “Penglibatan graduan dalam program-program mobiliti, webinar, persidangan dan pertandingan merupakan usaha untuk memberikan peluang kepada graduan mempertingkatkan bakat dengan pelbagai kemahiran terkini.

    “Sehubungan itu, UiTM telah menerima anugerah Universiti Pilihan Majikan melalui penarafan Indeks Kebangsaan Kebolehpasaran Graduan. Pencapaian ini membuktikan sumbangan UiTM yang signifikan kepada sektor pekerjaan, tahniah UiTM,” katanya semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-98 UiTM Cawangan Sarawak pada Rabu.

    Datuk Abdul Wahab Aziz merakam gambar bersama para dekan dan penysarah fakulti serta graduan penerima Anugerah Naib Canselor-Foto Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Sarawak

    Istiadat kali ini berlangsung selama empat sidang iaitu bermula Selasa sehingga Jumaat dengan melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira 1,260 graduan.

    Dalam pada itu, seramai 530 graduan akan menerima ijazah sarjana muda manakala 730 graduan lagi akan menerima diploma.

    Justeru, pecahan bilangan graduan adalah 324 graduan untuk sidang pertama, 312 graduan sidang kedua, 315 graduan untuk sidang ketiga dan 309 graduan sidang terakhir.

    Penganjuran konvokesyen kali ini juga merupakan kesinambungan istiadat konvokesyen ke-98 yang dianjurkan di kampus utama di Shah Alam yang berlangsung mulai 18 hingga 30 November 2023 diikuti istiadat yang sama di UiTM Cawangan Sabah pada 7 Disember 2023.

    Untuk rekod, seramai 75 graduan akan diraikan sebagai Penerima Anugerah Naib Canselor dengan 60 daripadanya merupakan graduan wanita.

    Hadir sama, Naib Canselor UiTM Profesor; Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Shahibuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM (PLPU); Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Pendaftar UiTM; Muhamad Nizam Noordin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (HEA) UiTM Kampus Samarahan; Profesor Madya Dr Mohammad Isa Mohamadin, Dekan-Dekan Fakulti, para ibu bapa dan para graduan yang diraikan.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...