More
    Home Sarawak Kuching TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Premier menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di...

    TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Premier menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek

    KUCHING, 31 MAC 2025: Ketibaan 1 Syawal disambut umat Islam dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara pada hari ini.

    Sepertimana di masjid dan surau yang lalin, Masjid Jamek Kuching turut menyaksikan ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri dan lebih menyerikan suasana apabila Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir bersama menunaikan ibadah solat di situ.

    Abang Johari yang tiba di Masjid Jamek pada pukul 7. 44 pagi itu diikuti oleh Tun Dr. Wan Junaidi pada pukul 7.52 pagi.

    Turut menunaikan solat sunat di Masjid berkenaan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Solat sunat Aidilfitri yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang kemudiannya menyampaikan khutbah khas Aidilfitri bertajuk “Hakikat Kemenangan Aidilfitri”.

    Suasana ketika TYT Tun bersama Premier dan dif kenamaan lain menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek pagi tadi

    Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dijangka akan mengadakan Majlis Rahmah Tahmah Aidilfitri 2025 di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak pada pukul 10 pagi hingga 4 petang ini.

    Sementara itu, Abang Johari dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada pukul 10 pagi hingga 3 petang pada hari pertama dan pada hari kedua mulai 10 pagi hingga 2 petang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

    Difahamkan orang ramai sudah mulai memenuhi Majlis Rumah Terbuka kedua-dua pemimpin tertinggi negeri itu seawal 10 pagi tadi yang mana ada di kalangan mereka sanggup datang dari jauh untuk sama-sama memeriahkan Rumah Terbuka yang penuh makna itu-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    0
    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad...