KUCHING, 19 MAC 2024: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meluangkan masa berbuka puasa bersama masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Semariang dan Padungan.
Beliau bersama Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Intergriti dan Ombudsman) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, ADUN Satok Dato Ibrahim Baki dan hadirin yang lain turut menunaikan solat Maghrib, Isya dan Tarawih secara berjemaah.
Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Pegawai Daerah Kuching Sofhi Jebal dan ketua-ketua jabatan.
Jemputan lain terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Muslim DUN Satok, DUN Semariang dan DUN Padungan, Kejuruteraan dan Limbungan Brooke, JWKS, Jabatan Hutan Sarawak, Persekutuan Sarawak, FELCRA, PPKS, Jabatan Kemajuan Masyarakat Persekutuan Negeri Sarawak (KEMAS) dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.-UKAS