KUALA LUMPUR, 22 MAC 2024: Kira-kira 1230 warga Sarawak di Semenanjung Malaysia memeriahkan Majlis Berbuka Puasa anjuran Yayasan Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Majlis dimulakan dengan penyerahan cenderahati dari Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri, Premier Sarawak serta isteri dan Dato’ Sri Fadillah.
Dalam majlis tersebut, seramai 314 pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Genius @ Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Pengajian Tinggi serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak menerima sumbangan dan duit Raya yang diserahkan secara simbolik oleh Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri dan Datuk Patinggi Abang Zohari serta isteri.
Seramai 50 pelajar hadir untuk menerima sumbangan berkenaan bagi mewakili kesemua penerima.
Terdahulu, sebelum menyampaikan sumbangan, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama Premier Sarawak dan hadirin lain berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Mereka kemudiannya menunaikan Solat Isya dan Terawih secara berjemaah sebelum bersurai.
Turut hadir bersama adalah Premier Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri; Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.
Selain itu, turut hadir sama adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak dan Persekutuan, barisan Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan serta dif-dif kenamaan lain juga turut hadir sama.-UKAS