More
    Home Tren LRT bertembung, lebih 200 penumpang cedera

    Tren LRT bertembung, lebih 200 penumpang cedera

    KUALA LUMPUR, 25 MEI 2021 (SNN) : Semalam tular di media sosial memaparkan sebuah tren terlibat dalam satu kemalangan dipercayai bertembung antara satu sama lain sehingga menyebabkan lebih 200 penumpang cedera.

    Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, tren milik syarikat itu bernombor 40 dan 81 terlibat dalam satu insiden dan pasukannya dibantu oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang menguruskan bantuan serta kerja-kerja menyelamat.

    Siasatan awal mendapati pada jam 8.45 malam tren bergerak dari Stesen KLCC sedang mengahala ke Stesen Kg Bharu yang dipandu secara automatik telah bertembung dengan KOC dari arah Stesen Kg Bharu menuju ke Stesen KLCC yang dipandu secara manual. Pemandu dikatakan tidak dapat mengesan KOC yang bergerak dari arah KLCC kerana berlaku ‘Miscommunication’ daripada pusat kawalan.

    Dalam kejadian berkenaan, laporan awal mengesahkan 213 penumpang telah cedera dengan 47 orang daripadanya cedera parah dan kini telah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

    Setakat ini tiada kelamangan jiwa dilaporkan

    Pihak Prasaranan Malaysia Berhad meminta semua orang ramai untuk bertenang dan mematuhi segala arahan disamping meminta maaf di atas segala kebimbangan dan kerisauan ke atas kejadian berkenaan. Pihaknya sedang berusaha secepat mungkin untuk mengawal keadaan dan akan menyiasat sepenuhnya kejadian itu.-BERNAMA.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...