More
    Home Dunia Tragedi Rayan: Operasi menyelamat setelah lebih tiga hari terperangkap dalam perigi sedalam...

    Tragedi Rayan: Operasi menyelamat setelah lebih tiga hari terperangkap dalam perigi sedalam 30 meter giat dijalankan

    MAGHRIBI, 05 FEBRUARI 2022 (SNN) : Tragedi kanak-kanak bernama Rayan yang terperangkap lebih dari tiga hari sejak 1 Februari lalu setelah terjatuh di dalam sebuah perigi kering sedalam 30 meter di Kampung Ighran, wilayah Chefchaoen, utara Maghribi menjadi perhatian seluruh dunia khususnya bahagian Afrika Utara dan benua Eropah.

    Sebelum tragedi berlaku, pada 1 Feb 2022 yang lepas mangsa kanak-kanak berkenaan mengikuti bapanya untuk membaikpulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut. Setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang.

    Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah. Jika kita lihat pada draf di bawah, kedalaman tempat Rayan terjatuh melebihi 30 meter.

    Lebih malang lagi lubang perigi terbabit hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, lubangnya semakin sempit. Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan.

    Info grafik yang menunjukkan kaedah penggalian untuk mengeluarkan Rayan-Kredit BBC.

    Budak itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas pihak berkuasa meletakkan kamera bagi melihat situasi kanak-kanak lelaki itu. Dia juga dibekalkan topeng oksigen dan bekalan makanan serta air selepas tiga hari terperangkap di dalam lubang.

    Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil.

    Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu. Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih dari sisi.

    Apa yang merisaukan mereka, semakin dekat penggalian berkenaan dengan Rayan, semakin tinggi risiko berlakunya tanah runtuh. Kalau mengikut keadaan mereka setakat ini hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada.

    Diharap proses menyelamat Rayan dipermudahkan serta dielakkan daripada berlaku sesuatu perkara yang tidak baik. Helikopter juga telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelantikan SEB sebagai penaung Majlis Tenaga Dunia bukti Sarawak diiktiraf di...

    0
    ABU DHABI, 07 NOVEMBER 2024: Pelantikan Sarawak Energy Berhad (SEB), syarikat utiliti milik Sarawak sebagai penaung global Majlis Tenaga Dunia (WEC) bukti dunia kini...