More
    Home Sarawak Betong Tragedi menjelang raya, kanak-kanak OKU ditemui rentung dalam satu kebakaran di Saratok

    Tragedi menjelang raya, kanak-kanak OKU ditemui rentung dalam satu kebakaran di Saratok

    SARATOK, 01 MEI 2022 (SNN) : Suasana kegembiraan menyambut perayaan yang bakal menjelang beberapa hari lagi bertukar hiba apabila seorang kanak-kanak perempuan kelainan upaya (OKU) ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Haji Puteh Alias, Saratok, di sini, semalam.

    Menurut Komander Operasi, PBK I Kho Boo Jang, kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 8.18 malam melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal, berkeluasan 40×30 kaki yang dihuni oleh 6 orang (dua lelaki dan empat perempuan) musnah sepenuhnya.

    Mayat Aleeysa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok yang diketuai PBK II Nasir Drahman dikejarkan ke lokasi dan setibanya di situ jelas Kho Boo Jang, terdapat seorang kanak-kanak perempuan OKU berusia 12 tahun berada dalam bilik tidur rumah berkenaan.

    Pasukan pemadam api menggunakan satu aliran 300 kaki dari pili bomba berdekatan untuk melakukan operasi pemadaman kebakaran dan menjumpai mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Aleesya Mad Ali, 12, di bawah runtuhan kayu rumah terbabit.

    “Operasi memadam api kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya dan tamat pada jam 10.40 malam serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya lagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...