More
    Home Malaysia Timbalan Speaker DUN Sarawak hulur bantuan kepada mangsa banjir di PPS Kota...

    Timbalan Speaker DUN Sarawak hulur bantuan kepada mangsa banjir di PPS Kota Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 25 DISEMBER 2022 (SNN): Sebanyak 63 buah keluarga terjejas banjir telah ditempatkan di empat Pusat Penempatan Sementara (PPS) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang pada Jumaat.

    Antaranya adalah PPS Dewan Suarah Kota Samarahan melibatkan 18 keluarga, PPS Balai Raya Kampung Baru 24 keluarga, PPS Kampung Rimba Padi 19 keluarga dan PPS Kampung Melayu dua keluarga.

    Timbalan Speaker Dewan Undangan Sarawak merangkap ADUN Muara Tuang, Dato’ Idris Buang telah melawat mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Suarah Kota Samarahan bertujuan bagi memastikan setiap mangsa banjir dalam keadaan selesa dan selamat serta kebajikan mereka dijaga baik oleh petugas di PPS tersebut.

    Dato’ Idris Buang juga sempat mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Samarahan berkenaan situasi banjir serta jumlah mangsa yang terkini ditempatkan di ke-empat-empat PPS tersebut.

    Selepas selesai meninjau keadaan dan beramah mesra dengan mangsa banjir, beliau menghulurkan bantuan berupa sumbangan wang ehsan dan bantuan makanan asas bagi menampung keperluan sementara mereka di tempat pemindahan dan berharap ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas.

    Justeru, beliau berharap mangsa banjir yang terjejas bersabar dengan situasi yang dihadapi dan juga mengutamakan keselamatan keluarga terutama sekali kanak-kanak dan menghindari mereka bermain ketika air pasang kerana dikhuatiri terkena jangkitan bakteria berbahaya serta mengelak risiko berlakunya lemas.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...