More
    Home Sarawak Limbang Timbalan Ketua Menteri Sarawak tinjau projek pembangunan di Long Semadoh dan Long...

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak tinjau projek pembangunan di Long Semadoh dan Long Sukang sempena Lawatan Kerja dua hari di kawasan DUN Ba’Kelalan

    BA’KELALAN, 06 NOVEMBER 2021 (SNN) : Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Industri dan Pembangunan Usahawan dan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan lawatan ke Kampung Long Semadoh Rayeh dan Long Sukong dalam lawatan kerjayanya selama dua hari ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan bermula Selasa.

    Sejurus tiba di Kampung Long Semadoh, beliau telah mendengar taklimat yang disampaikan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang melaksanakan projek pembangunan di kawasan tersebut. Taklimat pertama telah disampaikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Utara berkaitan dengan pembinaan jalan baru menghubungkan dari Miri ke Limbang dan Lawas dengan kos sebanyak RM6 bilion. Begitu juga dengan pembinaan jalan dari Gelugus hingga ke Long Lopeng yang turut menghubungkan ke Sabah yang menelan kos lebih RM1 bilion.

    Seterusnya taklimat dari Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Limbang yang membina jalan dari sempadan Long Midang dan Kalimantan dengan Punang Kelalan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta. Manakala, Sarawak Energy Berhad (SEB) telah dipertanggungjawabkan membina kabel grid terus dari Miri ke Limbang dan seterusnya ke Lawas menerusi Long Sukang hingga Ba’kelalan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

    Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) pula sedang melaksanakan beberapa projek pembangunan di Long Semadoh antaranya pembinaan Dewan Serbaguna Skolah Kebangsaan (SK) Long Semadoh dan Loji Penapis Air Terawat.

    Pada majlis itu juga, Datuk Amar Awang Tengah yang juga ADUN Bukit Sari berkesempatan menyerahkan bantuan alat pertanian kepada seorang penerima dan simbolik penyerahan bantuan hasil tani kepada 28 orang penerima.

    Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (tengah) menyerahkan sumbangan alat pertanian kepada salah seorang penerima disaksikan Timbalan Ketua Menteri bersama Ahli Parlimen Lawas dan ADUN Batu Danau

    Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato’ Henry Sum Agong menyerahkan geran peruntukan dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada beberapa gereja di kawasan Long Semadoh dan mengumumkan beberapa projek di bawah Kerajaan Persekutuan yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan selepas ini.

    Selesai lawatan kerja di Long Semadoh, Datuk Amar Awang Tengah bersama rombongan berangkat melawat ke Kampung Long Sukang sebagai mengakhiri lawatan kerja beliau ke Ba’kelalan. Dalam lawatan itu, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 masing-masing kepada Persatuan Bamboo Band dan RM10,000 kepada Persatuan Angkelong Kampung Long Sukang.

    Turut diberikan taklimat ialah berkenaan projek-projek pembangunan yang sama diberikan sewaktu di Kampung Long Semadoh. Sementara NRDA juga memberikan taklimat berkenaan projek khas yang sedang dilaksanakan ketika ini di Long Sukang iaitu membaik pulih bangunan SK Long Sukang dan pembinaan Loji penapis Air Terawat yang memberi manfaat kepada penduduk kampung.

    Di akhir majlis, Timbalan Ketua Menteri menyerahkan bantuan hasil tani dan peruntukan tahunan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sementara Ahli Parlimen Lawas pula menyerahkan geran UNIFOR kepada beberapa buah gereja di kawasan Long Sukang dan mengumumkan beberapa projek pembangunan di bawah Kerajaan Persekutuan.

    Turut sama hadir Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau; Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli; Datuk Zaidi Mahdi, Residen Bahagian Limbang; Ir Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Pengarah NRDA; Datu Ubaidilah Abdul Latip dan Ketua-ketua Jabatan.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...