More
    Home Malaysia Tiga termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak cedera Proton Exora bertembung dengan...

    Tiga termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak cedera Proton Exora bertembung dengan Hilux di Jalan Meranek, Kota Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 02 DISEMBER 2022 (SNN): Tiga mangsa termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak cedera dalam satu kemalangan membabitkan Proton Ezora dan pikap jenis Hilux yang bertembung di Jalan Kampung Maranek di sini, tengah hari tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.49 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

    “Terdapat enam orang mangsa terlibat di mana tiga orang mangsa dalam kereta jenis Proton Exora masing-masing mengalami cedera patah tangan kanan, patah kaki kanan dan cedera tangan kiri manakala tiga lagi mangsa lagi dalam Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Kesemua mangsa yang terperangkap dalam kenderaan jenis Proton Exora berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya, mangsa tidak dapat bergerak akibat kecederaan dialami tambahan lagi dengan kedudukan kereta yang remuk di bahagian hadapan kanan serta berada dalam parit.

    Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.10 petang setelah selesai menyerahkan kesemua mangsa pada pihak ambulans hospital bagi tindakan perubatan seterusnya.

    “Jentera EMRS Kota Samarahan telah membawa salah seorang mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROSNiaga ambil langkah segera atasi isu gangguan bekalan LPG

    0
    KUCHING, 10 FEBRUARI 2025 (SNN): Berhubung insiden tanah runtuh hingga menjejaskan Terminal LPG PUSAKA Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) baru-baru ini, PETROSNiaga telah mengambil...