More
    Home Malaysia Tiga suspek ditahan rompak dan pukul warga emas di Kampung Semawang, Kota...

    Tiga suspek ditahan rompak dan pukul warga emas di Kampung Semawang, Kota Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 18 MEI 2022 (SNN) : Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai melakukan rompakan bersenjata ke atas empat orang termasuk warga emas di Kampung Semawang, dekat sini, awal pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Samarahan DSP Sudirman Kram dalam satu kenyataan berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 27 hingga 33 tahun yang ditahan merupakan penduduk tempatan dari kampung berhampiran.

    “Suspek kini direman enam hari dan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu semalam sekitar jam 9.52 pagi, pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam mengenai satu rompakan sehingga menyebabkan kecederaan kepada penghuni.

    Sudirman berkata, bertindak atas laporan tersebut pihak polis yang terdiri daripada unit forensik dan unit pengesan anjing K9 telah digerakkan ke lokasi kejadian.

    “Pengadu dalam kes ini memaklumkan menerima panggilan daripada kakaknya yang berada di tempat kejadian bahawa rumah keluarga milik mereka yang didiami ibu, bapa, abang serta kakak pengadu telah dimasuki suspek yang tidak dikenali berpakaian serba hitam serta bertopeng sekitar jam 2 pagi.

    Suspek telah meminta wang daripada mangsa sehingga berlaku pergelutan. Kesemua mangsa telah dipukul menggunakan objek keras di bahagian kepala dan anggota badan,” katanya.

    Jelas beliau lagi, kesemua mangsa yang cedera kini telah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...