More
    Home Sarawak Kuching Tiga RUU akan dibentang pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19 yang bermula hari...

    Tiga RUU akan dibentang pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19 yang bermula hari ini.

    KUCHING, 17 MEI 2022 (SNN) : Persidangan Kedua bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 bermula hari ini, 17 Mei sehingga 26 Mei 2022 ini.

    Persidangan tersebut dimulakaan dengan Pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan Utama oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dataran Perbarisan DUN dan disusuli ucapan perasmian oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

    Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dengan kekuatan anggota seramai 105 orang terdiri daripada 3 Pegawai dan 102 lain-lain pangkat dari Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia diketuai oleh DSP Muhammad Izzat Fahim Mohd Sofi manakala Inspektor Yew Yuan Cheng Pegawai Panji.

    KKU ini diiringi oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia dengan kekuatan seramai 40 anggota diketuai oleh Pengarah Pancaragam, Inspektor Frankie Billy.

    Sebanyak tiga Rang Undang-Undang (RUU) Kerajaan akan dibentangkan pada persidangan DUN Sarawak kali ini dan ketiga-tiga RUU Kerajaan itu akan dibentangkan bagi bacaan pertama pada hari kedua persidangan, iaitu pada Rabu.

    RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 bagi bacaan kedua dan ketiga akan dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada Rabu.

    Sementara itu, Timbalan Premier merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan membentangkan RUU Hutan (Pindaan) 2022 bagi bacaan kedua dan ketiga pada Khamis.

    Manakala, RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2022 pula akan dibentangkan Timbalan Premier yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada hari keempat persidangan, iaitu pada Jumaat.

    Pada persidangan kali ini akan menyaksikan 437 soalan untuk jawapan lisan dan bertulis telah diterima daripada 41 Ahli Yang Berhormat, iaitu 284 soalan untuk jawapan lisan manakala 63 lagi untuk jawapan bertulis.

    Turut juga akan dibentangkan ialah usul pemilihan Ahli Dewan Negara yang akan diadakan pada persidangan hari kedua pada Rabu memandangkan tempoh pelantikan Dr Zaidi Suhaili sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua akan tamat pada 18 Julai 2022.

    Manakala, satu usul daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Biasa di bawah Peraturan Mesyuarat 23 iaitu usul berkaitan Akta Wilayah Laut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...