More
    Home Malaysia Tiga projek bekalan air berimpak tinggi dijangka siap pada suku pertama tahun...

    Tiga projek bekalan air berimpak tinggi dijangka siap pada suku pertama tahun 2022

    SEBUYAU, 12 NOVEMBER 2021 (SNN) : Hari kedua lawatan kerja Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi di kawasan Sebuyau pada sebelah pagi dimulai dengan lawatan beliau ke Kampung Stika bagi merasmikan jalan raya dan dewan masyarakat yang telah siap dibina untuk kemudahan penduduk kampung.

    Menurut beliau, berdasarkan kepada dasar dan agenda pembangunan luar bandar yang sedang dilaksanakan sekarang, Kampung Stika dijangka akan terus mendapat faedah yang berterusan di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ada sekarang. Oleh itu, adalah amat penting kerajaan GPS yang sedia ada diperbaharui mandatnya dalam pilihan raya negeri yang akan tiba.

    Seterusnya, pada sebelah petang Datuk Julaihi bersama rombongan menyambut ketibaan Menteri Utiliti Sarawak, Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Utom yang datang ke kawasan DUN Sebuyau bagi melawat perkembangan tiga tapak projek bekalan air berimpak tinggi. Dalam lawatan itu, beliau berpuas hati dengan perkembangan tiga projek berkenaan walaupun berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19 sebelum ini.

    “Kerajaan negeri telah membiayai sepenuhnya pelaksanaan tiga projek bekalan air berimpak tinggi bagi kawasan Sebuyau ini dengan keseluruhan dana sebanyak bernilai RM93 juta. Di samping menambahbaik sistem bekalan air sedia ada, projek tersebut juga dijangka melonjakkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat.

    “Apabila siap kelak ia juga memangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan terutama dalam bidang pertanian serta memberi jaminan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada penduduk di Daerah Kecil Sebuyau dengan adanya bekalan air bersih 24 jam,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Bekalan Air Bersih Sebuyau, semalam.

    Datuk Julaihi menyambut ketibaan Menteri Utiliti Sarawak dan seterusnya melakukan lawatan kerja di tiga tapak projek bekalan air bersih Sebuyau.

    Dalam pada itu katanya, projek tersebut kini sedang giat dilaksanakan bagi menambahbaik infrastruktur dan sistem bekalan air di Daerah Kecil Sebuyau, Bahagian Samarahan. Justeru katanya, projek tersebut juga akan memangkin pertumbuhan dalam bidang pertanian dan memberi jaminan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan berkenaan.

    Turut hadir sama Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar; Ir Chang Kuet Shian, Residen Bahagian Samarahan; Brahim Lumpu, wakil Pengarah Bekalan Air Kementerian Utiliti Sarawak; Wan Zubir Wan Kassim, Pengurus Wilayah Selatan JBALB Sarawak; Ir George Lee Chun Lung, Jurutera Air Bahagian Samarahan; Tamida Da’adi dan ketua masyarakat tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rebut peluang belajar ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan

    0
    SADONG JAYA, 05 JANUARI 2025: Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATMA) diseru untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke...