More
    Home Tiga lagi Pegawai Imigresen ditahan bantu siasatan

    Tiga lagi Pegawai Imigresen ditahan bantu siasatan

    KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER (SNN) : Tiga lagi Pegawai Imigresen ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara pada semalam.

    Kesemua mereka yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbabit masing-masing berusia antara 24 hingga 38 tahun berpangkat gred 19 dibawa ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

    Menurut sumber BERNAMA, kesemua anggota terbabit bertugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 untuk menjalankan aktiviti terbabit.

    Turut dirampas adalah dua buah kereta mewah jenis Volkswagen gold, Toyota Wish dan motosikal Yamaha NVX.

    “Permohonan reman telah dibuat pagi tadi di Mahkamah Putrajaya bagi siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

    Setakat ini jumlah anggota dan pegawai yang ditahan berhubung kes adalah seramai 38 orang.

    Kesemua yang ditahan terdiri daripada 38 pegawai Imigresen, 16 ejen dan 9 orang awam.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...