More
    Home Malaysia Tiga lagi lokaliti dikenakan PKPD di Sebuyau

    Tiga lagi lokaliti dikenakan PKPD di Sebuyau

    SEBUYAU, 10 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Tiga lagi lokaliti melibatkan Kampung Baru, Kampung Baru Hilir dan Kampung Jalan Giat MARA Sebuyau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 10 September 2021 hingga 23 September 2021 berikutan terdapat kes jangkitan dalam kalangan penduduk di kawasan itu.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi melalui perkongsian beliau di laman Facebook miliknya berkata, susulan daripada pelaksanaan PKPD di tiga lokaliti tersebut penyaluran bantuan makanan akan diuruskan dalam masa terdekat sepertimana dengan lokasi yang turut dikenakan PKPD pada minggu lalu di Sebangan.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menambah, Pusat Khidmat DUN N27 Sebuyau bersama-sama Pejabat Daerah Kecil Sebuyau dan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Samarahan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa memantau keadaan setiap masa dan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

    YB Datuk Julaihi Narawi sentiasa prihatin terhadap keperluan penduduk yang terjejas sepanjang PKPD dilaksanakan

    Jelasnya, beliau berharap penduduk kampung yang dikenakan PKPD untuk terus bersabar sepanjang tempoh PKPD berkuatkuasa dan berdoa agar semua pihak berada dalam lindungan Allah SWT serta dijauhkan daripada wabak tersebut selain sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...