More
    Home Malaysia Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi menegaskan, Sarawak tidak terlibat secara langsung dengan kenaikan tarif elektrik seperti yang diumumkan oleh TNB malah tarif elektrik dan air adalah di bawah bidang kuasa negeri Sarawak.

    “Buat masa sekarang kita mungkin boleh melihat dan mempelajari kriteria bagaimana mereka melakukan kenaikan tarif itu, namun saya tekankan hal tersebut tidak ada kena mengena dengan Sarawak.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Isnin

    “Apa yang berlaku sekarang ini, seperti yang sudah dijelaskan pengumuman itu hanyalah melibatkan Semenanjung Malaysia sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman, Sebangan, pada Isnin.

    Terdahulu, TNB pada Disember lalu telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik asas sebanyak 14 peratus bagi tempoh 2025 hingga 2027.

    TNB dalam kenyataannya menjelaskan, kenaikan itu perlu untuk menampung kos operasi dan pembangunan infrastruktur.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...