More
    Home Sarawak Kuching Tiada Penambahan Caj Penukaran Gas LPG Kuning atau Hijau kepada Merah(PETROS)-Julaihi

    Tiada Penambahan Caj Penukaran Gas LPG Kuning atau Hijau kepada Merah(PETROS)-Julaihi

    KUCHING, 30 NOVEMBER 2023 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) bekerjasama rapat bagi memastikan tiada berlaku sebarang caj tambahan bagi pelanggan yang ingin menukar tabung gas silinder (LPG) dari warna kuning atau hijau kepada merah (PETROS).

    Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi dalam satu kenyataan menegaskan, PETROS telah menetapkan harga siling subsidi bagi pelanggan di Sarawak yang mana harga runcit bagi pengguna domestik isi rumah kekal RM26.60 (tukar sendiri) bagi 14 Kilogram atau satu tong.

    Katanya, PETROS turut menjelaskan kesemua 65 ejen mereka di seluruh negeri dimaklumkan setiap pelanggan yang ingin membuat penukaran tabung gas LPG kepada PETROS (merah) tidak perlu dikenakan sebarang caj tambahan.

    Tegasnya dalam satu kenyataan, mana-mana pihak atau ejen yang mengenakan sebarang caj tambahan ketika hendak membuat penukaran tabung gas silinder boleh membuat laporan kepada pihak mereka di nombor 1300-882-122.

    Kenyataan media Kementerian MUT berhubung tular pelanggan dikenakan caj tambahan semasa proses penukaran tabung gas silinder LPG-foto MUT

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...