More
    Home Sarawak Limbang Terapkan nilai perpaduan sosial bermula dari rumah langkah pertama bina masyarakat harmoni-Datuk...

    Terapkan nilai perpaduan sosial bermula dari rumah langkah pertama bina masyarakat harmoni-Datuk Hasbi

    LIMBANG, 12 JUN 2023 (SNN): Mengukuhkan perpaduan sosial bermula dari rumah dengan nilai-nilai yang ditanamkan oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah langkah awal membina masyarakat harmoni.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah berkata, komunikasi antara ahli keluarga di rumah akan mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan masyarakat di luar.

    Tambah beliau, ia sepatutnya bermula dari unit masyarakat yang terkecil, yakni keluarga di rumah itu sendiri yang perlu memperkasakan setiap anggotanya.

    “Perpaduan itu bermula dari rumah dalam keluarga kita. Selepas itu pula bagaimana perpaduan dan hubungan kita dengan jiran-jiran kita di sebelah rumah, di sebelah bilik, perpaduan kita dengan rumah-rumah panjang lain yang berdekatan.

    “Jadi perpaduan itu bermula daripada bilik, daripada rumah kita maka sampailah antara negeri dan seluruh Malaysia.

    “Gawai adalah adat resam kita, tetapi dalam adat-adat resam kita tok sama juga seperti orang Melayu, Bisaya banyak pengajaran yang baik-baik selain daripada ajaran agama kita.

    “Adat resam kita mana yang baik, memang selari dengan ajaran agama kita, masing-masing akan bertemu, kita amalkannya,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Program Ziarah UKAS Ngabang Gawai Bahagian Limbang 2023 di Rumah Helen, Kampung Ensurai Limbang pada Sabtu.

    Beberapa acara turut diadakan pada sebelah pagi sempena Program Ziarah UKAS Ngabang Gawai Bahagian Limbang 2023 kali antaranya Pekit Kumang Gawai kanak-kanak, Pekit Ngajat kanak-kanak, pertandingan futsal dan sukaneka dan penyampaian sumbangsih Gawai kepada warga OKU dan golongan yang memerlukan.

    Turut hadir wakil Pengarah UKAS; Datu Takun Sunggah, wakil Residen Bahagian Limbang; Aspalela Mohd Shahmoni, wakil Pegawai Daerah Limbang; Donny Dunggat, Ketua Masyarakat Iban merangkap Pengerusi Gerempung Tuai-Tuai Rumah Iban Limbang (GETTIL); Temenggong Willie Marum Liu, Ketua Masyarakat Bisaya; Pemanca Jun Sillah, Timbalan Tuai Rumah Helen Ensurai; Balai Jalong.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...