More
    Home Malaysia Teknologi baharu dalam industri penerbangan akan diperkenalkan dalam masa akan datang ini-Premier...

    Teknologi baharu dalam industri penerbangan akan diperkenalkan dalam masa akan datang ini-Premier Sarawak

    GEDONG, 30 APRIL 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak bakal mengumumkan dan memperkenalkan penggunaan teknologi baharu untuk kegunaan industri penerbangan di neeri ini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, teknologi baharu itu adalah berteraskan lumut di mana ia diwujudkan buat pertama kali.

    “Dalam masa dua minggu lagi, saya akan mengumumkan satu teknologi baharu yang kita wujudkan di Sarawak.

    “Teknologi itu mempunyai nilai begitu tinggi di mana ia berteraskan lumut yang boleh mengeluarkan bahan untuk industri penerbangan, dan Sarawak merupakan negeri pertama yang mengeluarkannya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong di Dewan Datuk Patinggi Ali di sini pada Ahad.

    Premier Sarawak berkata demikian semasa ditemui media.

    Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menambah, Sarawak mempunyai peluang yang cerah dalam sektor ekonomi yang mampan.

    Sementara itu katanya, daerah Gedong bakal mengalami perubahan dari segi infrastruktur pada tahun 2025 dan juga tahun 2026.

    “Jalan raya sudah dibuat, jambatan telah didirikan dan kita juga akan membangunkan hotel dan pejabat kerajaan yang kini sudah dalam proses pembinaan,” ujarnya.

    Dalam majlis sama, beliau berkesempatan menyantuni penduduk kampung yang menyediakan pelbagai juadah raya di gerai masing-masing.

    Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak; Ir Aidel Lariwoo, Ahli Parlimen Batang Sadong; Rodiyah Sapiee, Ahli Parlimen Batang Lupar; Mohamad Shafizan Kepli, Wakil Khas Premier Sarawak merangkap Penasihat Jawatankuasa Penganjur; Datuk Naroden Majais serta tetamu lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...