More
    Home Sarawak Kuching TBS perkenal kaedah pembayaran zakat fitrah melalui kod QR

    TBS perkenal kaedah pembayaran zakat fitrah melalui kod QR

    KUCHING, 20 FEBRUARI 2025:Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran Zakat Fitrah melalui Kod QR sebagai alternatif kepada pembayaran tunai.

    Inisiatif tersebut dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan akan mula digunakan oleh Amil Zakat Fitrah di Bahagian Kuching sebelum diperluaskan ke seluruh Sarawak pada tahun 2026.

    Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, kaedah ini bertujuan untuk memudahkan umat islam yang berurusan membayar zakat fitrah dengan lebih selamat dan terkawal.

    “Kita membuat satu perubahan dalam kaedah pembayaran melalui aplikasi QR Code oleh pihak Bank Islam. Ini sudah menjadi kebiasaan pada masa kini. Contohnya, di restoran atau kafe, pesanan dibuat menerusi QR code tanpa perlu mengambil pesanan secara manual,” jelas beliau semasa berucap dalam Majlis Taklimat Amil dan Pelancaran Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah melalui QR Code BIMB, pada Rabu.

    Datu Abg Mohd Shibli semasa berucap pada Majlis Taklimat Amil & Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah QR Code

    Tambah Datu Abang Shibli, pelaksanaan sistem ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan kutipan zakat serta mengurangkan risiko kehilangan resit fizikal.

    Setakat ini, Sarawak mempunyai seramai 776 amil Zakat Fitrah yang bertanggungjawab menguruskan kutipan zakat di seluruh negeri.

    Penggunaan sistem Kod QR ini akan diperluaskan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

    Dalam majlis yang sama, TBS turut menerima bayaran Zakat Perniagaan daripada TM Technology Services berjumlah RM509,262 yang diserahkan oleh Pengurus Besar TM Sarawak, Abdul Rahman Taha kepada Datu Abang Mohd Shibli.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Pengurus Besar TBS; Bolhassan Iskandar Taibi, Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran TBS; Sulaiman Mahili, Pengarah Wilayah Malaysia Timur BIMB; Kameri Edi dan Ketua Unit Pelaksanaan, Saluran Pengurusan Tunai BIMB; Jasarudin Sahak-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak kini rancak laksanakan Pelan Induk Air & Sistem Grid...

    0
    KUCHING, 21 FEBRUARI 2025 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak inisiatif Kerajaan Persekutuan yang meluluskan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan projek berkaitan air di...