More
    Home Lain-lain 'TAR' alat tradisi Melayu Sarawak yang harus dipelihara dan diwarisi generasi muda...

    ‘TAR’ alat tradisi Melayu Sarawak yang harus dipelihara dan diwarisi generasi muda pembuatannya-ADUN Sebuyau

    SEBUYAU 25 OGOS 2021 (SNN) : Masyarakat Melayu Sarawak sinonimnya dengan membuat persembahan dengan menggunakan alat-alat tradisional setiap kali satu-satu majlis diadakan. Antaranya yang masih popular sekarang adalah persembahan hadrah dengan alunan pukulan alatan tradisional yang dikenali sebagai ‘Tar’.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi pada Selasa berkesempatan melawat salah seorang pengusaha ‘Tar’ yang berasal dari Kampung Sungai Ladong, Sebuyau. Ketika ditemui, pengusaha alatan tradisional yang dikenali sebagai Encik Sauli Bin Moo serta keluarga itu dilihat sedang membuat tempahan alat muzik tradisi itu yang ditempah oleh kampung di sekitar Sebuyau.

    Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menjelaskan, kebiasaannya masyarakat Melayu dari beberapa kampung di Bahagian Samarahan mahupun Betong sering membuat tempahan dengan beliau. Hasil pembuatannya yang kemas menjadi faktor orang luar sering membuat tempahan untuk kumpulan hadrah tertentu.

    Datuk Julaihi (tengah) menunjukkan beberapa tar yang dihasilkan oleh Encik Sauli dan keluarga.

    Jelas beliau, pada ketika ini tidak ramai yang mahir serta minat menceburi bidang sebagai tukang membuat ‘Tar’ dan sangat sedikit kita jumpa di beberapa kawasan perkampungan Melayu di Sarawak ini. Oleh itu, sangat wajar generasi muda Melayu untuk belajar menghasilkan alat tradisional ini agar tradisi budaya Melayu tetap hidup dalam masyarakat kita.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di kedudukan yang kukuh pimpin tangani isu perubahan iklim

    0
    KUCHING, 23 JANUARI 2025: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin dalam menangani perubahan iklim, dipandu oleh komitmen terhadap pembangunan lestari dan pelepasan...