Kayuh, untuk kita ke pulau impian. Yang ada PETA kejayaan Empayar Warisan. Yang pernah gemilang, maju dan handalan!
Kita bangsa besar dan masyhur!
Marapati yang membuka Negeri!
Disambung oleh Pejuang Serawak, Datu Patinggi Abang Abdul Ghapur.
Dibuang negeri ke Tanah Pahang.
Dan atas daulat Datu Marapati dan Raja-raja Melayu Sa-Tanah Borneo; mekar subur jualah semangat dan tekad nan dijulang di ubun-ubun batu jemala kita, pewaris bangsa!
Ayuh, anak muda!
Bangunkan semangat ingin maju ke depan!
Semangat Serawak 300 ESS – 1647ES! Ini warisan kita!
Dalam kenangan abadi setulusnya; seyogianya, sedekahkanlah bacaan Al-fatihah.
Selawat dan Salam ke Atas Rasul
Allohummasalli’ala Muhammad
Allohummasalli’ala Muhammad
Allohummasalli’ala Muhammad
…
Almarhum Datu Raja Marapati;
anak Raja Tanah Jawa buangan @ Radin Adipati Sari, ayahanda Raja Datu Marapati Jipang dan Dayang Seri Bulan;
Almarhummah Datu Permaisuri, Puteri Raja Jarum;
Almarhum Sultan Ibrahim Ali Omar @ Sultan Abdul Jalil @ Pengiran Pengiran Muda Tengah Ibnu Sultan Muhamad (anak kedua Sultan Barunai ke-9, iaitu Sultan Muhamad Hassan), adinda Sultan Abdul Jalilul Akbar, pemerintah Barunai tahun 1582-1598.
.
Almarhum Pengiran Shahbandar Pengiran Mohammad Salleh Ibn Pengiran Sharifudin @ Pengiran Indera Mahkota, pemikir, strategis dan sasterawan ulung yang menulis Syair Rakis.
Terima kasih atas warisan leluhur ini.
Yang kalian para pemuka, tinggalkan atas sedar, nasib ummah akhir zaman, warisan untuk terus kita pelihara, jaga dan kembalikan puncak kegemilangannya dalam segenap bidang. Kita pewaris yang diperturunkan dalam DNA setiap anak berdarah rahim bersulbi Melayu dan bertarsilah Datu Marapati.
Al-Marhum Raja Datu Marapati, syahidnya di Tanjung Datu’, menitip wuduk; jasadnya ghaib.
Sejadah kopiahnya hanyut di Lidah Tanah.
Sakral dan sakti.
Ini tamsil dan lakaran khusnul khatimah. Para kekasih Allah.
Doa mereka ampuh dan tepat ke langit ke tujuh. Untuk cucu-cicit tercinta.
Bakti dan jasa yang dibanting sebagai pendiri dan pemuka Serawak, besarlah akan adanya.
Pengakhiran sejahtera perjalanan hamba, mengejar piala akhirah!
.
Catatan local genius yang lahir pada setiap zaman; dalam manuskrip lama membuktikan dengan absah, bagaimanakah, Seorang Raja memerintah empayar besar.
Sedarkah?
Iqra’. Baca.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullullah sallallahu ‘alaihi wassalam, ahlul bait dan para sahabat.
Al -Fatihah.
.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Tanjung Datu’ gerbang pertiwi,
Datu Marapati Raja berdaulat,
Ingin dihulur salam silaturrahmi,
Makmur sejahtera dunia akhirat.
Sahabat-sahabat Kalimantan Barat Sa-Tanah Melayu Borneo,
Seruan kebangkitan Belia Melayu Sa-Tanah Borneo,
YUSUF BIN JALLI
MARAPATI x CALCI BORNEO x 2022
Sumber:
Datu Dr. Sanib Said,
Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak (300ESS-1647), 2021