KUCHING, 01 DISEMBER 2021 (SNN) : Anak merupakan selembar kain putih yang kita corakkan dengan didikan. Jika elok didikannya, besar nanti mereka akan menjadi anak yang pandai menghargai dan tahu susahnya nak dapat sesuatu jika tak berusaha. Perkongsian seorang bapa membesarkan anak-anaknya tanpa kemewahan boleh menjadi panduan bersama walaupun hidup senang dan mampu tapi bukan dapat ‘lesen besar’ jika anak inginkan sesuatu.
Pengasas Hannan Medispa, Dr Hannan Yusof yang berkongsi cara beliau mendidik anak-anaknya di akaun Facebook miliknya baru-baru ini mendapat pujian dari orang ramai di mana beliau sendiri yang boleh dikatakan hidup senang dan mewah namun mendidik anak-anaknya untuk hidup besederhana atau tidak terlalu mewah kerana dianggap untuk mengajar mereka erti susah dan rendah diri.
“Itulah ajaran saya kepada anak-anak saya. Nak beli barang, baju atau mainan kenalah bawah harga RM50. Kalau lebih daripada RM50 tu dah dikira mahal, kena ada justification kalau nak beli. Anak-anak saya tau saya seorang doktor, tapi dia orang tak tau saya seorang peniaga. Dia orang tak tau sangat pun pasal @hannanmedispa . Pernah sekali Nia balik sekolah dan tanya saya “daddy, why my friends said they know u”.
“Saya tak nak besarkan anak saya dengan kemewahan. Saya hanya beli dan beri kan apa yang sepatutnya dia orang dapat. Nothing more. Nia dah masuk 10 tahun, saya masih tak bagi dia ada smart phone atau social media accounts. Saya nak anak-anak saya membesar macam kanak-kanak biasa. Tak nak dia orang hidup selesa sangat. Kena rasa susah baru dia orang jadi manusia berguna. Alhamdulillah, syukur sangat sampai sekarang dia orang memang macam budak kampung biasa lagi,” ujar beliau melalui perkongsiannya baru-baru ini di Facebook.
Tambahnya lagi, beliau selalu bercerita kepada anak-anaknya pasal orang-orang yang hidup susah. Kalau mereka makan tak habis, sejam lah kena ceramah free dengan saya. Sebab tu pinggan dia orang akan sentiasa licin. Kalau tak licin, kene bebel dengan beliau sampai menitik air mata la jawabnya. Ini semua bagi tujuan mendidik menghargai setiap rezeki yang ada dan memahami ada yang lebih susah bahkan hendak dapatkan sesuap nasi pun perlu bekerja keras.
“Semua ni saya buat sebab nak jadikan anak-anak saya manusia berguna. Tak nak mereka bertuhankan duit. Saya sentiasa remind mereka kena kerja kuat untuk beli rumah dan kereta sendiri. Kalau daddy tak ada nanti macam mana? Siapa nak jaga mommy?” tegas beliau.
Kesimpulannya, sebagai ibu bapa hanya mereka sahaja yang boleh mencorakkan masa depan anak. Tidak kira hidup senang atau susah, jika betul apa yang diajar, anak-anak kita akan jadi orang berguna dan tahu nilai kehidupan sebenar selain akan berbakti semula kepada kedua orang tua.