More
    Home Malaysia Tahun baharu 2025 satu peluang buat Sarawak untuk melangkah lebih maju-Julaihi

    Tahun baharu 2025 satu peluang buat Sarawak untuk melangkah lebih maju-Julaihi

    KUCHING, 01 JANUARI 2025 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menzahirkan ucapan menyambut Tahun Baru 2025 buat seluruh rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.

    Menerusi satu perkongsian beliau di laman Facebook miliknya, beliau memberitahu, ketika kita semua sedang melangkah ke tahun baru 2025, saya berdiri di hadapan anda dengan rasa bangga dan rasa terima kasih yang amat mendalam ke atas kita semua telah mencapai kejayaan sebagai rakyat yang bersatu.

    Menjelang Subuh tahun baru ini katanya, bukan sekadar peredaran masa bahkan ia adalah satu peluang yang kuat untuk kita Sarawak melakarkan masa depan yang berani dan cerah untuk berdiri lebih tinggi, lebih kuat, dan lebih berazam berbanding sebelum ini.

    “Pada tahun 2024, kita menghadapi ujian dan kejayaan yang menguji keberanian namun semangat Sarawak dengan tekad perpaduan, ketabahan, dan kekuatan kita yang terpancar kita berjaya mengharungi cabaran dengan daya tahan, mencari peluang dalam kesusahan, dan membuktikan bahawa tiada halangan yang terlalu besar untuk rakyat Sarawak.

    “Dan hari ini, kita bukan sekadar sebuah negeri malah kita adalah kuasa yang memacu kemajuan dan perubahan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di pentas global di bawah kepimpinan YAB Premier Sarawak Abang Johari yang akan terus membina masa depan di mana tiada siapa yang ketinggalan, dan setiap rakyat Sarawak berpeluang untuk berkembang maju,” ujarnya dalam kenyataan itu baru-baru ini.

    Tambah Julaihi lagi, sambil menasihatkan agar dalam kita menyambut tahun 2025 ini, jadikan tahun baharu itu sebagai satu transformasi tahun di mana Sarawak mampu muncul sebagai mercu tanda kemajuan, di mana kita memanfaatkan sepenuhnya potensi sumber asli kita, belia kita, dan kepelbagaian kita yang kaya untuk mencipta masa depan yang makmur bagi setiap rakyat Sarawak.

    “Kita tidak akan menunggu satu perubahan sebaliknya kitalah yang akan menjadi arkitek untuk mengubahnya.

    “Kepada belia, anda adalah nadi masa depan Sarawak dan kepada komuniti, samada bandar atau luar bandar, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memastikan suara anda didengari, keperluan anda ditangani, dan aspirasi anda direalisasikan,” tegas beliau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembukaan Jambatan Muara Lassa untuk orang awam bakal pacu pembangunan ekonomi...

    0
    DARO, 03 JANUARI 2025: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas...