KUCHING, 03 OKTOBER 2021 (SNN): Jika mendengar sahaja penghantar makanan mesti terlintas di dalam fikiran hampir setiap orang bahawa mereka ini tidak mempunyai masa depan atau tidak memiliki pelajaran yang tinggi seperti orang lain. Namun stereotaip itu berjaya ditangkis sama sekali oleh individu yang mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan selepas beliau berjaya memiliki gelaran doktor falsafah dalam bidang teknologi farmaseutikal.
Mohd Akmal Azhar juga seperti penghantar makanan lain yang mana hari-hari mereka dipenuhi dengan mengambil pesanan makanan dari restoran di sekitar kota dan menghantarnya kepada pelanggan.
Sejak pandemik Covid-19 melanda negara perkhidmatan penghantaran makanan atau lebih dikenali sebagai ‘rider’ berkembang dengan cepat ekoran lonjakan permintaan penghantaran makanan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang berbulan-bulan sehingga menyebabkan orang ramai tidak dapat atau enggang kekuar dari rumah mereka bagi mendapatkan bekalan makanan.
Walaupun sekatan jalan raya (SJR) Covid-19 sudah mulai dilonggarkan dan kehidupan mula perlahan-lahan kembali seperti biasa perkhidmatan penghantaran makanan atau p-hailing masih mendapat permintaan tinggi terutama di kawasan bandar susulan kerancakan dan pergerakan yang pantas membuat orang ramai terlalu sibuk untuk mendapatkan makanan dengan cara lain.
Kesimpulannya, memilih kerjaya yang dianggap sederhana tidak semestinya tiada tahap pendidikan yang tinggi kadang kala pilihan mereka itu ‘rider’ lebih kepada minat dan sampingan sementara menunggu tawaran kerja yang lebih baik setaraf dengan pendidikan yang mereka ada. Kerjaya seseorang itu adalah lebih wajar diukur dengan melihat kesungguhan mereka mencari rezeki selagi mana sumbernya adalah halal dan mampu membahagiakan keluarga.