KOTA SAMARAHAN, 03 FEBRUARI 2024 (SNN): Tabung Sri Kenyalang Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Kampus Kota Samarahan menerima sumbangan daripada Persatuan Alumni UiTM, Sarawak (MiTSA) sebanyak RM50,000 bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.
Penyerahan simbolik replika cek sumbangan berkenaan disampaikan oleh presiden MiTSA, Datuk Abdul Wahab Aziz kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin yang juga menjalankan tugas fungsi Rektor UiTM Cawangan Sarawak di Kampus Kota Samarahan pada Jumaat.
Menurut beliau, Tabung Sri Kenyalang (TSK) meruapakan tabung khas yang bertujuang untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dari segi kewangan sepanjang tempoh pengajian di UiTM Cawangan Sarawak.
Pada masa yang sama, Datuk Abdul Wahab Aziz turut meluangkan masa menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Qurawiyyin di UiTM Kampus Kota Samarahan.
Untuk rekod, Tabung Sri Kenyalang telah berjaya membantu seramai 439 orang pelajar sepanjang tahun 2017 hingga 2023.
Turut hadir sama ialah Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri); Profesor Madya Ir. Dr. Juferi Idris, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar); Profesor Madya Dr. Saimi Bujang, , Wan Idris Wan Ibrahim, Timbalan Presiden 1, Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA), Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTMCS dan Ahli-Ahi MITSA.