More
    Home Sarawak Kuching Syarikat Telco digalakkan perluaskan rangkaian ke kawasan luar bandar-Datuk Julaihi

    Syarikat Telco digalakkan perluaskan rangkaian ke kawasan luar bandar-Datuk Julaihi

    KUCHING, 07 APRIL 2022 (SNN) : Sarawak menggalakkan syarikat telco untuk meluaskan rangkaian mereka di kawasan luar bandar negeri ini kerana permintaan di kawasan tersebut semakin meningkat.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata ketika ini, syarikat telco seperti Celcom, Digi, Maxis dan Umobile hanya memfokuskan rangkaian mereka dalam kawasan bandar kerana ia lebih menguntungkan.

    Walau bagaimanapun, katanya pihak berkenaan juga perlu mempertimbangkan kawasan luar bandar kerana kerajaan Sarawak mempunyai visi untuk mendigitalkan negeri ini sekali gus akan memberi manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang.

    “Setiap kali mengadakan lawatan ke kawasan luar bandar, setiap wakil daripada syarikat telco swasta dijemput bersama untuk melihat penglibatan penduduk terhadap penggunaan teknologi yang bergantung dengan akses telekomunikasi selain melihat potensinya pada masa depan.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS), Sacofa Sdn. Bhd. (SACOFA) dan PP Telecommunication Sdn. Bhd. (PPTEL) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, semalam.

    Sidang media Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak selepas menyaksikan MoU tiga syarikat telekomunikasi tempatan Sarawak di BCCK, semalam.

    Mengulas lanjut mengenai MoU berkenaan, Datuk Julaihi menjelaskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berhasrat agar Sarawak mencapai matlamat transformasi ekonomi menjelang 2030 dan setanding dengan ekonomi digital paling maju di dunia.

    Tambahnya, banyak inisiatif yang menyokong ekonomi digital telah berjaya dilaksanakan dan beliau amat berbesar hati untuk memaklumkan kepada semua orang bahawa Sarawak berada di landasan yang betul membina Sarawak digital.

    “Transformasi Digital adalah salah satu kunci utama yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 dan ia akan melengkapkan Sarawak dengan ekosistem perniagaan yang lebih baik dengan mengurangkan ketidakcekapan dalam birokrasi dengan menerima pakai teknologi baharu,” tegasnya.

    Jelasnya lagi, dengan termeterainya perjanjian kerjasama di antara ketiga-tiga syarikat yang terbukti sudah kukuh dan mantap dalam bidang kepakaran mereka sendiri sudah pasti dapat membantu memenuhi wawasan Negeri Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...