More
    Home Malaysia Sukatan Tanah NCR tetap diteruskan untuk pembangunan sosioekonomi rakyat

    Sukatan Tanah NCR tetap diteruskan untuk pembangunan sosioekonomi rakyat

    MATU, 15 JUN 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak akan meneruskan usaha penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebagai langkah memacu pembangunan sosioekonomi rakyat di negeri ini.

    Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, segala pengambilan tanah akan diberi pampasan sewajarnya berdasarkan kadar dan nilai semasa tanah tersebut.

    “Demi meneruskan agenda pembangunan dan memberikan kemudahan kepada rakyat Sarawak, kita tidak dapat elak daripada mengambil alih pemilikan tanah penduduk yang terlibat.

    “Dalam pada itu, usaha ini memerlukan kerjasama daripada semua penuntut tanah supaya tidak berlaku sebarang pertindihan pemilikan,’’ ujarnya pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Pertanian) Bagi Kampung Tian, Matu Serta Cek Pampasan Tanah dan Exgratia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Tian, pada Selasa.

    Timbalan Premier menyaksikan penyerahan surat pemilikan hak tanah kepada salah seorang penerima.

    Timbalan Premier Sarawak itu menambah, segala kos penyukatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan kerana Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana yang besar bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuran tanah NCR setelah Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini tidak memberi apa-apa peruntukan untuk tujuan ini.

    Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar terus memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang agar suara Sarawak akan lebih kuat di peringkat Parlimen, sekaligus meneruskan niat untuk menuntut kembali hak-hak Sarawak yang telah terhakis.

    Pada majlis tersebut, seramai 191 penduduk Kampung Tian telah menerima surat hakmilik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri peringkat kedua di bawah inisiatif baharu Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR).

    Ia melibatkan 217 surat hakmilik yang disampaikan oleh Datuk Amar Awang Tengah. Majlis sama juga menyaksikan pemberian pampasan daripada projek pembinaan Jambatan Igan bernilai RM67,660 kepada enam penerima.

    Sementara itu, sebanyak 18 orang turut menerima pampasan sebanyak RM2,589,316.99 bagi projek Kampung Seberang Bawang, Matu.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya; Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi; Pemangku Residen Bahagian Mukah, Safrie Saili; Pegawai Daerah Matu, Wan Hipni Wan Mohamad serta Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Awang Zamhari Awang Mahmud.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...