More
    Home Sarawak Betong Sukan pangkah gasing harus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang

    Sukan pangkah gasing harus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang

    DEBAK: Sukan pangkah gasing merupakan salah satu daripada sukan tradisional yang perlu dipertahankan agar ia tidak dilupakan generasi yang akan datang.

    Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Mohammad Razi Sitam, sukan tradisi ini menjadi tarikan pengunjung yang hadir dan perlu dipertahankan kerana ia merupakan sukan tradisi negara yang berasal dari negara ini sendiri.

    Katanya, Sukan ini bukan sahaja diceburi oleh golongan 40an malah sangat sesuai jika turut melibatkan para belia agar sukan ini kelak akan diwarisi turun temurun.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sukan Tradisi Pangkah Gasing Debak di Gelanggang Gasing Debak pada Jumaat.

    Razi (tengah) bergambar bersama pasukan-pasukan yang mendapat tempat dalam acara yang dipertandingkan.

    Dalam pada itu, Mohammad Razi menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pemenang dan turut memberi penghargaan kepada semua peserta yang sudi turut serta dalam pertandingan tersebut.

    Pertandingan Pangkah Gasing ini merupakan anjuran Kelab Gasing TraSaribas dengan jumlah penyertaan sebanyak 35 kumpulan yang turut disertai pasukan dari Sri Aman, Saratok, Spaoh dan Debak sendiri selaku tuan rumah.

    Juara membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala dan medal, naib johan menerima RM700 beserta piala dan medal, tempat ketiga meraih RM500 dan medal manakala tempat keempat menerima RM300 beserta medal.

    Turut hadir Temenggung Piee Alwi, Pengerusi Ranting Kampung Babu; Abang Abdul Kadir Rabaiee, Pengerusi Ranting Kampung Lalang; Jelani Julai, Ketua Balai Polis Debak; Bedindang Nyumbang dan Ketua Kampung Babu Debak; Juki Jimbon.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...