Assalamualaikum dan Salam sejahtera semuanya, bersyukur ke hadrat ilahi atas nikmat dan kurniaannya. Salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Pertama kali saya ucapan kepada editor yang telah mempelawa dan memberi peluang untuk berkongsi dan menyumbangkan bingkisan untuk dikongsikan bersama-sama, semoga bermanfaat, inshallah.
Kemungkinan ada sedikit perbezaan dan persamaan dari aspek geografi, budaya, pemikiran dan sebagainya. Tidak dapat dibuat hipotesis atau rumusan disebabkan pemerhatian untuk membuat perbandingan. Ada kesamaan sama ada kebetulan atau asimilasi budaya hasil hijrah kedua-dua penduduk antara pantai timur dengan Borneo terutama di Sarawak. Menurut pandangan peribadi saya, dua wilayah dan tempat ini juga merupakan pembentukan negara bahagian seperti di pantai timur berjiran dengan Thailand. Manakala Sarawak berjiran dengan negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia.
Dengan suasana semasa, apa yang boleh di ambil iktibar dan pengajaran, menurut ilmu sosial budaya, keangkuhan dan kesombongan mempertahankan budaya dan pemikiran terlebur dengan isu dan polemik global dapat mengurangkan persangkaan dan penyatuan serta kesepakatan dalam menangani isu-isu semasa. Semoga mukadimah perkongsian ini menjadi titik tolak dalam bersatu dalam kesepakatan dan berlapang dada dalam perbezaan. Wallahu’alam