More
    Home Solat Jumaat dan Fardhu di masjid dibenarkan-Majlis Islam Sarawak

    Solat Jumaat dan Fardhu di masjid dibenarkan-Majlis Islam Sarawak

    KUCHING, 06 JULAI 2021 (SNN) : Majlis Islam Sarawak (MIS) hari ini membenarkan umat Islam di Sarawak untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu di masjid atau surau berkuatkuasa mulai esok.

    Menerusi satu kenyataan media MIS, bagi menunaikan solat fardhu Jumaat had jemaah di masjid Jamek Negeri Sarawak adalah tidak melebihi 400 orang jemaah dengan penjarakan fizikal manakala di masjid atau surau bahagian atau daerah masing-masing tidak melebihi 100 orang dalam satu-satu masa.

    Selain itu, bagi menunaikan solat fardhu pula kapasiti untuk masjid Jamek Negeri Sarawak dan masjid atau surau bahagian/daerah adalah tidak melebihi 150 dan 100 orang jemaah pada satu-satu masa.

    SOP mungkin akan ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut keadaan pandemik

    Kenyataan itu lagi turut menjelaskan aktiviti pengimarahan masjid atau surau seperti ceramah agama, kuliah, kelas pengajian agama turut dibenarkan selepas solat Maghrib hingga azan Isyak dan selepas solat Subuh hingga 7.30 pagi sahaja.

    Jelasnya, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi juga termasuklah memakai pelitup muka, mengimbas suhu, membawa sejadah sendiri, serta digalakkan berwuduk dari rumah bagi mengelakkan kesesakan di ruangan masjid atau surau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    0
    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad...