More
    Home Sarawak Betong SK Abang Leman Kabong bakal memiliki dewan baharu bernilai RM1.9 juta-ADUN Kabong

    SK Abang Leman Kabong bakal memiliki dewan baharu bernilai RM1.9 juta-ADUN Kabong

    KABONG, 23 OKTOBER 2021 (SNN) : Sekolah Kebangsaan Abang Leman Kabong akan memiliki dewan sekolah baharu yang bernilai RM1.9 juta bagi menggantikan dewan sekolah yang lama. Peruntukan dana bagi melaksanakan projek berkenaan telahpun diluluskan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggunakan dana kerajaan negeri sendiri.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir yang menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Sekolah SK Abang Leman pada Jumaat berkata, pembinaan dewan sekolah baharu tersebut merupakan kerjasama daripada pihak sekolah, Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) dan ADUN Kabong dengan menggunakan dana diluluskan oleh Ketua Menteri pada tahun 2019 dahulu. Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan satu taklimat bersama pihak kontraktor dipilih diadakan sebelum pelaksanaan pembinaan dewan baharu sekolah berkenaan dimulakan.

    Selain itu, Mohd Chee Kadir turut mengumumkan dan menyampaikan peruntukan dana kepada pihak PIBG SK Abang Leman berjumlah RM10,000 bagi tujuan pelaksanaan aktiviti serta pengurusan sekolah. Di samping itu, pada majlis yang sama beliau turut menyerahkan Baucer Pakaian Seragam Sekolah sumbangan daripada Yayasan Sarawak kepada 22 pelajar yang layak di sekolah berkenaan bagi tahun ini.

    ADUN Kabong (tengah) menyerahkan cek bernilai RM10,000 kepada Yang Dipertua PIBG SK Abang Leman

    Turut hadir sama Guru Besar SK Abang Leman Kabong; Ghazali Mat Daud, Yang Dipertua PIBG SK Abang Leman Kabong; Johan Rahman, Penghulu Sani Mohamad, Ketua Masyarakat, Barisan guru SK Abang Leman dan Barisan EXCO PIBG SK Abang Leman.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...