More
    Home Sarawak Samarahan Sistem peparitan dan tapak rekreasi Bukit Ruai Sebuyau akan dinaik taraf

    Sistem peparitan dan tapak rekreasi Bukit Ruai Sebuyau akan dinaik taraf

    SEBUYAU, 08 JULAI 2021 (SNN) : Sistem peparitan di beberapa kawasan kampung di Sebuyau dan tapak cadangan mendaki Bukit Ruai akan diperbaiki bagi memenuhi keperluan masyarakat.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, keperluan menaik taraf sistem peparitan di beberapa kampung termasuk kawasan mendaki Bukit Ruai ini adalah bertujuan memastikan kawasan Sebuyau sentiasa bersih dan cantik bila dipandang mata.

    Semasa tinjauan dibuat di Kampung Masjid, Kampung Hulu, Kampung Sawmill dan Kampung Lot Baru Sebuyau mendapati sistem peparitan masih perlu diperkemas dan lengkap maka untuk itulah kita merancang untuk membantu naiktaraf sistem peparitan terbabit.

    Selain itu, semasa lawatan diadakan di tapak cadangan mendaki Bukit Ruai mendapati ianya juga perlu dinaik taraf. Keadaan tangga untuk mendaki yang uzur itu perlu dibaiki dan begitu juga sambungan perparitan dalam kampung berkenaan.

    Beliau berkata sedemikian semasa lawatan kerja ke tapak cadangan mendaki Bukit Ruai bersama Pegawai Tadbir Sarawak, Ajis Ahmad dan ketua-ketua masyarakat pada Selasa.

    Keadaan tangga dan selusur (railing) di Bukit Ruai yang berusia lebih 60 tahun juga akan ditambah baik.

    Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, perbincangan mengenai kebenaran atau izin lalu yang diperlukan untuk kerja-kerja naik taraf parit juga telah dibuat dan berharap akan berjalan dengan lancar.

    Jelas beliau, walaupun keadaan sususan rumah di kawasan ini menjadi cabaran membina sistem peparitan untuk mengalirkan air keluar namun beliau percaya kerjasama yang baik dari penduduk kawasan Sebuyau ini akan melicinkan kelangsungan kerja-kerja pembinaannya nanti.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...