More
    Home Malaysia Sistem Paip Agihan Sibujaya dinaiktaraf bagi atasi masalah tekanan air rendah di...

    Sistem Paip Agihan Sibujaya dinaiktaraf bagi atasi masalah tekanan air rendah di kawasan perumahan

    SIBU, 08 OGOS 2023 (SNN): Masalah tekanan air rendah yang dialami oleh penduduk terutama di kawasan perumahan flat Sibujaya akan diatasi dengan kelulusan untuk menaiktaraf sistem paip agihan di kawasan itu kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

    Menurut beliau yang membuat tinjauan di tapak tangki simpanan air pada Ahad, sebelum ini paip agihan terbabit yang bersaiz 1,000 mm dengan panjang 1.9 Kilometer telahpun siap disambungkan ke Loji Rawatan Air Salim, Sibujaya bagi menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan perumahan di situ.

    Bagi langkah seterusnya, jelas beliau sistem paip ke 40 blok flat di Sibujaya itu juga nanti akan dinaik taraf kepada paip bersaiz lebih besar bagi membolehkan air disalurkan ke semua rumah di setiap tingkat.

    Datuk Julaihi serta rombongan membuat tinjauan di tapak tangki simpanan air berhampiran flat di Sibujaya pada Ahad.-foto FB Julaihi Narawi

    “Pihak kita turut sedang membuat penilaian untuk membina tangki aras tinggi dengan isipadu simpanan yang lebih banyak serta mampu membekalkan bekalan air secara berterusan terutama pada waktu puncak,” jelasnya dalam satu kenyataan.

    Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...