More
    Home Sindiket Ah Long di Kuching tumpas

    Sindiket Ah Long di Kuching tumpas

    KUCHING, 16 JULAI 2021 (SNN) : Polis Sarawak dalam satu operasi khas berjaya menumpaskan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long) yang mana jumlah keseluruhan pinjaman dianggarkan bernilai RM1.1 juta.

    Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, hasil risikan dan maklumat diterima pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melancarkan satu operasi khas pada dua minggu dan berjaya menyerbu 6 premis, membuat pemeriksaan terhadap 4 buah rumah kediaman, 1 apartment dan sebuah premis kedai yang membawa kepada penahanan 16 individu disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

    Katanya lagi, sindiket berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak tahun 2016 lagi di sekitar bandar Kuching dan menurut laporan yang pihaknya terima, sindiket berkenaan telah memiliki kira-kira 500 orang pelanggan sehingga kini.

    Beliau berkata sedemikian semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching (IPD) semalam.

    Modus operandi sindiket melalui promosi online dan meletakkan kad pemberi pinjaman di kenderaan pelanggan

    Ujarnya, kesemua suspek yang ditahan berusia diantara 21 hingga 48 tahun itu ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM250 ribu tetapi tidak boleh melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Jambatan Bandar Lawas rancakkan lagi sektor pembangunan kawasan Utara Sarawak

    0
    LAWAS, 28 NOVEMBER 2024: Projek Jambatan Bandar Lawas baharu di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dijangka membawa impak besar kepada pembangunan wilayah Utara...