More
    Home Sarawak Kuching Setiap masyarakat berhak untuk hidup dalam persekitaran udara yang bersih dan selamat-Dr...

    Setiap masyarakat berhak untuk hidup dalam persekitaran udara yang bersih dan selamat-Dr Hazland

    KUCHING, 30 MAC 2022 (SNN) : Masyarakat hari ini mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penjagaan kesihatan terutamanya dalam pemilihan makanan sihat dan kepentingan bersenam.

    Bagaimanapun, mereka seringkali lupa akan kepentingan kualiti udara yang dihirup setiap hari yang jika tidak diuruskan dengan baik, ianya akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat setempat.

    Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata, bagi mengatasi masalah ini pelbagai inisiatif dilakukan antaranya memantau Indeks Pencemaran Udara (IPU).

    “Indeks pencemaran udara (IPU) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara. Semakin besar nilai IPU menunjukkan semakin tinggi tahap pencemaran udara,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

    Jelas Dr Hazland lagi, IPU dikira berdasarkan kepekatan 6 bahan pencemar utama iaitu ozon di permukaan bumi (O3), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2), habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikron (PM10) dan habuk halus bersaiz kurang dari 2.5 mikron (PM2.5).

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut juga memberitahu peralihan ke sumber tenaga boleh diperbaharui perlu dilaksanakan secara berperingkat.

    Katanya, tenaga yang boleh diperbaharui adalah mampan dan tidak menghasilkan pencemaran yang tinggi.

    “Sumber tenaga boleh diperbaharui termasuk cahaya matahari, angin, air, biomas dan pasang surut. Tidak seperti sumber tenaga tradisional seperti arang batu, gas atau minyak, tenaga boleh diperbaharui ini tidak habis kerana besarnya sumber daya atau pertumbuhan semula jadi.

    “Atas sebab ini, elemen penting dari sistem tenaga lestari yang memungkinkan pembangunan masa kini tanpa membahayakan generasi akan datang,” ujarnya.

    Mengulas lanjut, Dr Hazland memberitahu melabur dalam sistem pengangkutan awam yang menggunakan tenaga bersih perlu dilakukan.

    “Ianya melibatkan peralihan penggunaan kenderaan berasaskan bahan api fosil kepada penggunaan pengangkutan hijau yang mesra alam yang menggunakan tenaga diperbaharui (RE) seperti solar, biofuel, hidro dan angin,” kata beliau lagi.

    Antara jenis dan sistem pengangkutan yang boleh dikategorikan sebagai pengangkutan hijau adalah basikal, basikal elektrik, kereta elektrik, kereta api hijau (berasaskan elektrik dan bateri/kapasitor ultra), perkongsian kenderaan, bas elektrik atau hibrid dan berjalan kaki.

    Tambahnya lagi, usaha ke arah kualiti udara yang bersih merupakan tanggungjawab bersama.

    Justeru, setiap individu di negeri ini mempunyai tanggungjawab yang sama dalam memastikan semua kita dapat menghirup udara yang bersih, nyaman dan berkualiti.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembukaan Jambatan Muara Lassa untuk orang awam bakal pacu pembangunan ekonomi...

    0
    DARO, 03 JANUARI 2025: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas...