More
    Home Sarawak Betong Seramai 74 penduduk di Daerah Pusa terima Surat Hak Milik Tanah Seksyen...

    Seramai 74 penduduk di Daerah Pusa terima Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN.

    BELADIN, 13 NOVEMBER 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan usaha penyukatan Tanah NCR di bawah Seksyen 18 KTN, demikian menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika menyempurnakan penyerahan Surat Hak Milik Tanah di Dewan Masyarakat Beladin, Pusa, di sini, hari ini.

    Pada majlis tersebut seramai 74 penduduk telah menerima Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN di bawah penyukatan NCR Inisiatif Baru yang melibatkan kawasan Entebu-Selambong/Muton (50 lot), dan kawasan Sungai Bras, Beladin sebanyak 37 lot.

    Dalam masa yang sama, Datuk Amar menggesa agar penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar khususnya kawasan Beladin dan sekitarnya memberikan sokongan padu kepada calon GPS pada Pilihan Raya Umum kali ini.

    Datuk Amar Awang Tengah menyampaikan peruntukan bagi TUDS Pusat Pemprosesan Gula Apong, Kampung Kalok sebanyak RM157,000.00.

    “Kita mahu kemenangan besar untuk GPS terutama bagi kawasan ini agar lebih banyak pembangunan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang,” tegasnya.

    Turut hadir sama mantan Ahli Parlimen Batang Lupar; Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro; Razaili Gapor dan calon GPS Batang Lupar; Mohamad Shafizan Haji Kepli.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pengiktirafan Bank Dunia bukti dasar pembangunan Kerajaan Sarawak di landasan yang...

    0
    SARATOK, 17 NOVEMBER 2024 (SNN): Dasar pembangunan Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) oleh Bank Dunia tahun lepas membuktikan kerajaan negeri...