More
    Home Malaysia Seramai 70 orang asnaf dari 7 buah kampung sekitar Sebangan terima sumbangan...

    Seramai 70 orang asnaf dari 7 buah kampung sekitar Sebangan terima sumbangan Aidilfitri

    SEBUYAU, 28 MAC 2025: Seramai 70 penerima asnaf dari enam buah kampung sekitar kawasan Sebangan telah menerima sumbangan bagi persediaan menyambut Aidilfitri yang akan datang.

    Majlis penyampaian sumbangan berkenaan telah disampaikan sendiri oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi bertempat di Masjid Darul Aman Sebangan pada Khamis.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu, pemberian sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan bagi menyambut hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama penerima sumbangan Aidilfitri

    “Diharapkan dengan sedikit sumbangan ini, mereka dapat merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna sepertimana mereka yang lain,” tambah beliau.

    Ujarnya, inisiatif seperti ini diharapkan dapat terus memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan asnaf, dalam meraih kesejahteraan dan kebahagiaan pada hari lebaran dan Insya Allah akan diteruskan setiap kali tiba bulan ramadan dan hari raya.

    Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang, Pemanca Asli Yahya, Penghulu Abdul Hamid Zaini serta tetamu jemputan yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    - Advertisment -

    Must Read

    TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Premier menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...

    0
    KUCHING, 31 MAC 2025: Ketibaan 1 Syawal disambut umat Islam dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara pada hari...