More
    Home Malaysia Seramai 49 penerima terdiri daripada pelbagai agensi terima geran MRP daripada ADUN...

    Seramai 49 penerima terdiri daripada pelbagai agensi terima geran MRP daripada ADUN Sebuyau

    SEBUYAU, 12 JUN 2022 (SNN): Seramai 49 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau telah menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM507,000.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi hadir menyempurnakan penyampaian geran tersebut di Pusat Khidmat DUN Sebuyau, Kampung Sampat Sebangan di sini pada Sabtu.

    Kesemua penerima tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari konstituensi berkenaan.

    Datuk Julaihi ketika berucap memberitahu, penyerahan geran tersebut dilakukan bagi membantu pertubuhan-pertubuhan berkenaan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada pembangunan sosial di kawasan masing-masing.

    Tambahnya, penyerahan geran itu adalah bukti keprihatinan kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan sosial dan perpaduan masyarakat dijaga melalui aktiviti yang dijalankan di peringkat kampung.

    Justeru, Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berharap dana yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang telah dirancang oleh setiap organisasi bersesuaian di kampung masing-masing.

    Turut hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Sebuyau; Jerry Zannuddin, Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau; Ajis Ahmad dan Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan; Asli Yahya.

    Datuk Julaihi meninjau tapak menara telekomunikasi yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar apabila sudah ‘on air’ kelak.

    Sejurus majlis penyampaian cek geran tersebut, Datuk Julaihi kemudian bergerak menuju ke Kampung Ladong bagi meninjau menara telco baharu yang telah siap dibina oleh kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA).

    Menurut beliau, menara jenis SMART pole itu cuma menunggu untuk dipasangkan peralatan telekomunikasi oleh penyedia perkhidmatan rangkaian seperti Celcom, Digi, Maxis, UMobile, Tunetalk dalam waktu terdekat bagi membolehkan menara itu ke udara (on air).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...