More
    Home Malaysia Seramai 35 orang pelajar terima Insentif Pendidikan dari ADUN Sebuyau

    Seramai 35 orang pelajar terima Insentif Pendidikan dari ADUN Sebuyau

    SEBUYAU, 03 OKTOBER 2024 (SNN): Seramai 35 orang pelajar dari sekitar Daerah Sebuyau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti telah menerima insentif daripada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada Isnin.

    Dato Sri Julaihi Narawi yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu dalam kenyataannya memberitahu, 35 orang pelajar yang menerima insentif tersebut merupakan penerima pada siri ke-3 bagi tahun 2024 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pelbagai universiti tempatan baru-baru ini.

    Dato Sri Julaihi ketika menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar

    Katanya, pemberian itu bertujuan bagi menyuntik semangat para pelajar untuk melanjutkan pengajian agar terus sukses di samping membantu meringankan sedikit beban ahli keluarga mereka.

    Jelas beliau lagi, semoga para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang kursus masing-masing sepanjang semester berlangsung dan dapat menjadi inspirasi kepada para pelajar yang masih di bangku sekolah menengah untuk mencapai keputusan yang cemerlang juga.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...