More
    Home Sarawak Kuching Seramai 337 Ketua Isi Rumah sudah terima Kunci Rumah Darul Hana daripada...

    Seramai 337 Ketua Isi Rumah sudah terima Kunci Rumah Darul Hana daripada kerajaan Sarawak bagi fasa pertama

    KUCHING, 27 OGOS 2022 (SNN): Seramai 337 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Kmapung Semarang, Kampung Panglima Seman dan Lot Tambahan sudah menerima Surat Hak Milik Tanah, Cek Pampasan dan Kunci Rumah Darul Hana bagi Fasa 1 daripada kerajaan Sarawak.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Pembangunan Darul Hana adalah merupakan Program Pembaharuan Bandar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar sebagai langkah kerajaan menaiktaraf pembangunan dalam bandar.

    “Bagi Fasa Pertama ini, kita telah berjaya serahkan Surat Hak Milik Tanah, cek pampasan bagi kawsan rumah lama serta kunci rumah kepada 337 KIR dan projek ini akan diteruskan lagi dengan membangunkan rumah bagi kelaurga Darul Hana di kawasan penempatan Sungai Bedaun berkedatan dengan Santubong.

    “Selain itu, kita juga akan melaksanakan Program Pembaharuan Bandar di kawasan Kemuyang di Sibu, Kampung Jepak, Bintulu dan termasuklah kawasan yang sering dilanda banjir di seluruh negeri,” kata beliau pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah, Cek Pampasan dan Kunci Rumah Darul Hana di Bintawa, Kuching, hari ini.

    Sidang media Premier Sarawak selepas Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah dan Kunci Rumah Darul Hana di sini, hari ini.

    Tambah beliau, kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus fokus memberi pembangunan kepada rakyat di negeri ini agar tidak berlaku jurang perbezaan ketara di antara kawasan luar bandar dengan bandar.

    Ketika ditanya mengenai persediaan GPS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti, Abang Johari yang juga ADUN Gedong itu menjelaskan, GPS selaku kerajaan sedia ada akan tetap fokus kepada pembangunan untuk rakyat dan selebihnya rakyat yang akan menentukan bila tiba hari pengundian PRU15 nanti.

    Untuk makluman, Penempatan Darul Hana turut disediakan kemudahan lain seperti Surau, Sekolah Pintar, Kompleks Komersial dan Sukan, Dewan Komuniti, Muzium Melayu dan pelabagai lagi.

    Turut hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merangkap Ahli Parlimen Santubong; Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) merangkap ADUN Pantai Damai; Datuk Abdul Rahman Junaidi serta dif kenamaan lain.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rebut peluang belajar ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan

    0
    SADONG JAYA, 05 JANUARI 2025: Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATMA) diseru untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke...